akhirnya sampai gak kat umah dapat tgk rumah ku ini... minggu lepas dah balik tapi x sempat nk tulis pape sebab busy gle n ada kematian. sebelum tuh ucapan takziah kepada dek jan sekeluarga keatas pemergian bapanya iaitu pak lang saad ke rahmatullah pada sabtu lepas.. pak lang saad cukup sporting dan sangat rapat dengan budak2 taman kami dan kami menjadikannya sebagai bapa angkat untuk mengadu segala hal peribadi. namun pemergiannya amat dirasai kerana tiada lagi gurauan senda dan x dapat la nk bising2 nk sembang meraban dengan paklang(nk sedih plak nih). so hari sabtu masa hari kebumian, aku dalam keadaan demam panas kuatkan badan aku untuk bersam sama ke kubur untuk memberi penghormatn terakhir. dalam sedar x sedar, aku telah metitiskan air mata ketika abahku membaca talkin. tapi aku terus mengkaver air mata tersebut dengan buat2 bersin.. sedih dalam hati mmg x terkata la. bayangkan bila setiap malam budak2 termasuk aku g lepak umah dia, sembang minum kopi, tengok bola sambil mak lang masak sesuatu dekat kami. tiba2 keseronokan tuh bertukar dengan kesedihan. tiada lagi pak lang, xda lagi otai kenduri TAMAN SETIA JAYA.
Dikesempatan ini disedekahkan alfatihah kepada arwah
moga rohnya dicucuri rahmat
ALFATIHAH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan